Thursday 28 July 2016

TMK

Hari ini murid belajar cara menghasilkan blog. Murid-murid pastikan anda ada alamat email dan jangan lupa pasword...

Saturday 8 December 2012

Pokok Jambu Madu

Di halaman rumah dan di belakang rumah sudah pelbagai jenis pokok yang saya tanam. Ada yang sudah menampakkan hasil. Antaranya pokok pisang, pokok jambu dan pokok pucuk manis. Ter terbaru ialah pokok labu. Sudah berbuah, lebih dari 3 biji nampaknya. Jika sempat saya akan akan muat turun gambarnya nanti. Sudah pasti, saya berasa seronok dengan hasil tanaman saya ini. Bak kata orang berbudi kepada tanah.

Thursday 6 December 2012

Masalah kewangan

Semua orang ada masalah. Kalau takde masalah itu bukan manusia la. Antara masalah manusia ialah kadang-kadang masalah bercinta, berkahwin, masalah anak-anak, masalah kecil sampaila ke besar. Semuanya masalah. Walau bagaimanapun jangan risau. Sebenarnya masalah itulah akan mematangkan kita. Kita akan banyak belajar daripada kesilapan diri atau orang lain.
     Kewangan ini masalah juga. Hidup perlukan duit, tetapi duit bukan segalanya-galanya dalam kehidupan. Kita ingat orang miskin aje ada masalah kewangan, yang kaya lagilah banyak masalah. Orang miskin mungkin hutang ratus-ratus tapi kalau orang kaya hutang sampai juta-juta. Caranya:
1. Mengadu pada Allah dan doa banyak-banyak.
2. Buat senarai barang-barang yang perlu sahaja. Macamana nak tahu? kalau tak beli benda ni boleh hidup 
    tak? Kalau boleh hidup tu maksudnya tak penting la tu.
3. Cari kerja sampingan yang tak perlu banyak modal.
4. Jimatkan tenaga. Kalau dulu bil RM100 kurangkan jadi RM80 sahaja.
5  Masak sendiri. Masak pun yang asas aje. Jangan nak makan mewah-mewah sangat. Sebulan sekali boleh
    la. Ini yang betul-betul susah ler. Ada tu makan nasi lauk garam aje.
6. Kalau yang ada tanah bagus tanam sendiri setakat cili,serai, daun padan, daun kari, daun kunyit boleh la
    tanam sendiri. Kalau takde halaman tanam aje dalam pasu.
7. Pengangkutan, kalau boleh beli yang asas aje. Kenderaan ni sebenarnya liabiliti bukannya aset pun. 
    Tiap-tiap tahun nak kena kena maintainence, bayar cukai jalan, insurans/takaful, duit minyak, cuci
    kereta, tukar tayar dan macam-macam lagi kerosakan. Belum cerita duit minyak lagi. Jadi tak perlu
    banyak-banyak sangat beli kereta. Kadang-kadang satu jer yang bergerak, yang lain asyik tersadai di
    rumah.
8. Kita jangan nak berlawan sangat dengan orang. Lebih-lebih kaum Hawa ni. Kaum Adam ni lain pulak.
    Orang ada tudung cantik dia pun nak tudung cantik dan macam-macam lagi.
     Sebenarnya ada bnyak lagi tips. Cukup setakat ini dahulu. Sekian, wasalam.

Cuba Jaya

Ada masanya kita perlu berani membuat perubahan. Belum cuba belum tahu. Ini namanya kaedah cuba jaya. Bukan semua perkara boleh buat menggunakan kaedah ini. Contohnya cuba minum arak, dadah dan berzina. Selagi perkara itu harus bolehlah kita cuba. Apa yang kita buat mestilah landasan agama Islam yang betul. Tidak semua perkara baik itu betul belaka. Tidak juga yang buruk itu tidak baik selagi ia berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Contohnya menutup aurat, bagi sesetengah manusia menganggapnya suatu penindasan terhadap wanita, sedangkan itulah cara terbaik melindungi maruah dan harga diri seorang wanita. Banyak contoh lain yang boleh dihuraikan  seperti poligami, zakat, hudud dan sebagainya. Dalam bidang sains, komputer programming juga begitu, buat resepi, tanaman. Banyak bidang menggunakan kaedah ini. Setelah terbukti berhasil dan terbaik barulah menjadi ilmu yang bermanfaat dan boleh digunakan atau di aplikasi kepada manusia sejagat.

Wednesday 5 December 2012

Pisang Masak Hijau




Buah pisang yang selalu digunakan untuk membuat kek pisang. Saya panggil pisang masak hijau. Masa beli benih katanya buah pisang berangan, tetapi kenapa tak kuning-kuning lagi ni. Pertama kali berbuah punyalah banyak sikatnya. Alhamdulillah. Boleh bagi jiran-jiran berdekatan. Buahbya boleh dikatakan masak hampir serentak. Jadi tak boleh simpan lama-lama.

Tuesday 10 April 2012

Pengenalan

Assalamualaikum

Selamat Datang ke Blog bintangkejora

Ini adalah post pertama saya untuk ruangan ini. Semoga semua pelawat boleh mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada blog yang tak seberapa ini. Blog ini lebih kepada perkongsian minat saya kepada, pendidikan, masakan, perkebunan dan penulisan. Komen-komen anda sangat bermakna.

sekian, terima kasih.