Thursday 6 December 2012

Masalah kewangan

Semua orang ada masalah. Kalau takde masalah itu bukan manusia la. Antara masalah manusia ialah kadang-kadang masalah bercinta, berkahwin, masalah anak-anak, masalah kecil sampaila ke besar. Semuanya masalah. Walau bagaimanapun jangan risau. Sebenarnya masalah itulah akan mematangkan kita. Kita akan banyak belajar daripada kesilapan diri atau orang lain.
     Kewangan ini masalah juga. Hidup perlukan duit, tetapi duit bukan segalanya-galanya dalam kehidupan. Kita ingat orang miskin aje ada masalah kewangan, yang kaya lagilah banyak masalah. Orang miskin mungkin hutang ratus-ratus tapi kalau orang kaya hutang sampai juta-juta. Caranya:
1. Mengadu pada Allah dan doa banyak-banyak.
2. Buat senarai barang-barang yang perlu sahaja. Macamana nak tahu? kalau tak beli benda ni boleh hidup 
    tak? Kalau boleh hidup tu maksudnya tak penting la tu.
3. Cari kerja sampingan yang tak perlu banyak modal.
4. Jimatkan tenaga. Kalau dulu bil RM100 kurangkan jadi RM80 sahaja.
5  Masak sendiri. Masak pun yang asas aje. Jangan nak makan mewah-mewah sangat. Sebulan sekali boleh
    la. Ini yang betul-betul susah ler. Ada tu makan nasi lauk garam aje.
6. Kalau yang ada tanah bagus tanam sendiri setakat cili,serai, daun padan, daun kari, daun kunyit boleh la
    tanam sendiri. Kalau takde halaman tanam aje dalam pasu.
7. Pengangkutan, kalau boleh beli yang asas aje. Kenderaan ni sebenarnya liabiliti bukannya aset pun. 
    Tiap-tiap tahun nak kena kena maintainence, bayar cukai jalan, insurans/takaful, duit minyak, cuci
    kereta, tukar tayar dan macam-macam lagi kerosakan. Belum cerita duit minyak lagi. Jadi tak perlu
    banyak-banyak sangat beli kereta. Kadang-kadang satu jer yang bergerak, yang lain asyik tersadai di
    rumah.
8. Kita jangan nak berlawan sangat dengan orang. Lebih-lebih kaum Hawa ni. Kaum Adam ni lain pulak.
    Orang ada tudung cantik dia pun nak tudung cantik dan macam-macam lagi.
     Sebenarnya ada bnyak lagi tips. Cukup setakat ini dahulu. Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment